Friday, 1 March 2013

Semester Baru

Haih, sedar tak sedar dah nak habis cuti semester bermakna semester baru dan cabaran baru akan bermula.
Semeter lepas 6 subjek, tapi susahnya Allah je tahu. Semester ini hambik kau, 8 subjek. Sume tough giler..

Marilah kita kembali ke Univesiti Teknologi MARA Kampus Seri Iskandar yang disayangi.. :P


diharap semester ini aku dan kawan-kawan dapat tempuhi dengan mudah dan diredhai Illahi.. Amin...

Tuesday, 26 February 2013

Masjid Al-Aqsa Yang Sebenar

Anda sedar atau tidak, apabila terkeluar sebarang berita menyentuh tentang Masjidil Aqsa didalam media, akan terteralah gambar atau visual sebuah bangunan yang mempunyai kubah berwarna kuning. Kita dan anak cucu semua berpersepsi bahawa itulah Masjid Al Aqsa. Ketahuilah, anggapan itu SALAH sebenarnya. Masjid sebenar ialah terletak di kawasan berdekatan yang kubahnya berwarna gelap/hitam. Kenapa pihak media tidak perihatin dalam hal ini adalah suatu persoalan. Kita tidak mahu generasi akan datang salah mengenali Masjid Al Aqsa, masjid ke tiga  termulia. Sila lihat gambar dibawah untuk mengetahui lokasi sebenar Masjid Al Aqsa.



Masjid yang berkubah HITAM adalah MASJID AL-AQSA YANG SEBENAR

Masjid yang berkubah EMAS adalah MASJID QUBA AL-SAKRAH



Masjid sebenar Al-Aqsa telah dikorek bahagian bawahnya oleh Yahudi dan pengikut Dajjal Al-Masih dan akan dijadikan Haikal Sulaiman (Istana Dajjal) seperti yang tertulis dalam Al-Quran.

Semoga kita terpelihara daripada fitnah Dajjal Laknatullah. 

DOA ELAK FITANH DAJJAL AL-MASIH



Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab siksa api neraka Jahannam dan siksa kubur, serta serta fitnah hidup dan fitnah al-masih Dajjal."

Amalkanlah bacaan doa dan 10 ayat awal dan akhir surah al-Kahfi di dalam solat 5 waktu anda... Insyaallah Allah melindungi diri anda dari terkena fitnah al-masih Dajjal...







Resepi Rahsia Krabby Patty


Siapa yang tidak kenal dengan Krabby Patty,sebuah makanan segera yang fames di filem Spongebob.Dalam filem tersebut,kita dapat tengok usaha si Plankton untuk mendapatkan resepi Krabby Patty tetapi gagal untuk mencurinya.
Mungkin anda juga tertanya-tanya apakah resepi yang menyebabkan Krabby Patty itu enak sekali ditibai.So,anda jangan khuatir.Malam yang damai ini,aku akan bongkarkan rahsia sulit Incik Krab itu.Hohohoho


Bahan-bahan :
- 2 senduk bawang merah yg sudah dicincang halus
- 2 senduk salad yang dicincang halus jugak
- 4-6 senduk makan minyak sayur
- 1 senduk thyme
- 1 lb = kira2 1/2 kg daging keping yang beku,Bekukan dan kisarkan daging tersebut
- 3/4 mangkuk tepung roti(roti mestilah siap di-bun-kan)
- 1 senduk dijon(cari kat supermarket )
- 2 senduk makan mayonis
- 2 butir telur(yang sudah dipukul)
- Garam dan merica secukup rasa
- 3 senduk sos tomato

Cara-cara:


Step 1
Tumiskan bawang merah dan salad bersama 1 senduk makan minyak sayur. Tambahkan thyme, serta kecilkan api dan masak bawang sehingga garing.

Step 2
Dalam mangkuk yg besar,campurkan bersama daging keping, tumiskan bawang dan salad,tepung roti, mustard, mayonis, telur, garam dan merica.
Adunkan kesemuanya.

Step 3
Bentukkan adunan(langkah ke2),dengan membulatkan menggunakan skop aiskrim.Lemperkan..

Step 4
Panaskan 3 senduk makan minyak sayur. Masukan 2-3 adunan dan masakkan sehingga ia menguning,untuk sekitar 2minit tarukkan beberapa senduk minyak apabila sudah 2-3 kali memanggang.

Step5
Panaskan oven sehingga 400F atau 290C. Pindahkan adunan kedalam panggangan, dan panggang sekitar 10 minit. Adunan haruslah diletakkan dalam oven yg hangat sekitar 30 minit, atau dipanaskan jika mahu dihidangkan.Campurkan 1 mangkuk mayonis dan 3 senduk kicap.


selamat mencuba... :P



Sunday, 24 February 2013

Biodata Ringkas 25 Nabi..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Manakala ‘Rasul’ adalah manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul..

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

“Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.”   (QS. Al Ahzab : 45).

Manakala Junjungan besar kita, Muhamaad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah nabi dan rasul terakhir umat manusia..

Firman Allah SWT : 

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”  (QS. Al Ahzab : 40).

Sejak kecil kita seringkali mendengar dan diceritakan kisah 25 nabi dan rasul. Semua kisah 25 nabi itu secara umumnya sudah kita ketahui, namun kita tidak dimaklumkan bilakah mereka itu hidup, usia, tahun kejadian dan peristiwa serta keterangan di bumi negara manakah kisah mereka berlaku..

Firman Allah SWT :

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  (QS. Ghafir : 78)

Jumlah nabi dan Rasul bukan hanya setakat 25 orang saja tapi lebih dari itu. iaitu ada 124,000 orang, sebagaimana disebutkan  di dalam hadis berikut :.

Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)”  (HR At-Tarmizi r.a.).

Firman Allah SWT:

وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي الْأَوَّلِينَ ﴿٦﴾

 “Berapa banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu.”  (QS. Az Zukhruf : 6).

Bila Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?.

Nama 25 orang itu hanyalah yang nama mereka disebutkan  secara istimewa di dalam Al-Quranul Karim. Terdapat beberapa catatan, rajah dan analisa oleh para pengkaji sejarah tentang anggaran masa hidup para nabi, lokasi di mana mereka tinggal dan beberapa keterangan lain yang dicungkil berdasarkan keterangan, baik dari Al-Quranul Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun fakta-fakta sejarah..

Berikut adalah  senarai para nabi dan biodata peribadi mereka masing-masing :.

1. Nabi Adam

Dianggarkan Baginda  hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.

Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia..

2. Nabi Idris

Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda  hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.

3. Nabi Nuh

Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda wafat di Makkah.

4. Nabi Hud

Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda  wafat di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.

5. Nabi Shaleh

Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  Baginda  hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih, Makkah..

6. Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin..

7. Nabi Luth

Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 27 kali dalam Al-Quran. Baginda mempunyai  2 anak perempuan dan  Baginda  meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestin.

8. Nabi Ismail

Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda  tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai  12 anak. Baginda meninggal tahun 1779 SM di Makkah.

9. Nabi Ishaq

Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran. di dalam Al-Quran mempunyai  2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron, Palestina..

10. Nabi Ya’qub

Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai  12 anak. Baginda  wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.

11. Nabi Yusuf

Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  2 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Baginda  wafat di Nablus Palestina.

12. Nabi Syu’aib

Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Madyan..

13. Nabi Ayyub

Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  26 anak. Baginda  wafat di Huran di Syam..

14. Nabi Zulkifli

Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus & sekitarnya. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  2 anak. Baginda  wafat di Damaskus Syiria..

15. Nabi Musa

Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  2 anak. Baginda  wafat di Tanah Tih..

16. Nabi Harun

Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih..

17. Nabi Daud

Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  1 anak dan meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin..

18. Nabi Sulaiman

Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda   hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestin..

19. Nabi Ilyas

Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda   hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda  tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah..

20. Nabi Ilyasa’

Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda  Baginda hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Palestin..

21. Nabi Yunus

Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Baginda  Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Ninawa di Iraq..

22. Nabi Zakaria

Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda   Baginda  hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda  mempunyai  seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam..

23. Nabi Yahya

Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda   Baginda  hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di Damsyik, Syiria..

24. Nabi Isa

Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda Dianggarkan Baginda   hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda  juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah..

25. Nabi Muhammad

Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda  Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran. Baginda  mempunyai  7 orang anak dan wafat di Madinah..

Firman Allah SWT :

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan (penutup)  segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”  (QS. Al Ahzab : 40).

Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga boleh menjadi rujukan yang bermanfaat..

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, 8 February 2013

Konvokesyen UiTM 77 Kampus Seri Iskandar, Perak



Lama dah rasanya tak update blog ni.. Kali ni nak berkongsi pasal konvokesyen pulak la. Memandangkan aku dah habis pengajian di peringkat diploma, jadi perkara yang ditunggu-tunggu pastinya "Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-77".

Aku berkonvo kat kampus UiTM Seri Iskandar, Perak sebab masa diploma amik kat sana. Tarikh konvo plak macam kat banner atas tu. Konvo aku sesi petang nombo 466..jauh kebelakang...

Sebenarnya aku konvo perasaan bercampur baur. Hepi sebab dah grad, sedih sebab pada masa yang sama opah saudara aku meninggal. Jadi family aku terpaksa balik untuk menziarahi jenazah. :"(





Ni je gambo dengan family... Huhu lepas family aku balik kami dah disuruh masuk kat DIAK, bawah Pusat Islam UiTM Perak. Kat situ aku dan membe2 berkumpul, ape lagi tangkap gambo la ramai..







Konvokesyen kali ni dirasmikan sendiri oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub. Aku respek dengan beliau, walaupun sudah berumur 84 tahun, beliau tetap kuat untuk menyampaikan diploma dan ijazah untuk lebih dari 1000 graduan kali ini.. Respek.. Sampai turn aku naik pentas berdebar gila maklumlah sebab tak pergi rehearsal.. Masa amik tu aku ucap "terima kasih tan sri" dan dibalas "tahniah".. im so happy...



Setel dah semuanya.. Tapi pertama kali semasa di UiTM aku menyanyi lagu2 UiTM dengan penuh semangat...hehehe..dan lagi amik gambar dalam dewan walaupun kamera dilarang bawak, tapi siapa nak sia-siakn saat2 yang bersejarah dalam hidup seseorang kn??? hehehehe...
  







Tamat sudah Konvokesyen UiTM Perak 77 kali ni... hepi sangat2 sebab kenangan yang tak ternilai... Mesti orang konvo nak bunga kan...huhuh aku pon nak tapi sape la nak bagi family dah balik.. tapi ade orang bagi.. Buah ati aku.. Dia ada kelas so tak dapat datang masa konvo.. takpe tak kisah pon...hehe





Tu la pengalaman berkonvo.. insyaallah pas habis degree ni pon akan berkonvo lagi...hehehe....






Saturday, 8 September 2012

My Happy Family......


Semua manusia di muka bumi Allah ni mengharapkan untuk mempunyai keluarga yang bahagia.. Begitu juga aku, walaupun banyak rintangan dan halangan, keluarga kami adalah keluarga yang bahagia.. Inilah keluarga aku...


Semoga keluarga ini akan kekal bahagia sehingga ke syurga Allah... Amin... :)

Friday, 7 September 2012

Sambung Belajar......

Hmmm...aku pernah buat permohonan sambung ijazah kat UiTM, itu pun hari terakhir permohonan.. Kredit untuk bestfriend aku Muhammad Zainulariffin sebab tolong belikan no pin... Hari keputusan pun keluar... Keputusannya....




Aiyarkkkk.... Dapat Machang, Kelantan.. Ayoyo apa pasai depa campak aku jauh kesana padahal yang dekat rumah ada... Aku pun mintak tukar, aku wat rayuan ok... Xde guna kabel, usaha sendiri... Semak keputusan masih jugak sama... Hmm xde rezeki nak sambung la ni, duit pon xdak dok jauh2 duit bnyk gile nak pakai, aku pon bukan anak orang kaya...

Hari ini, 7.9.2012 tergerak ati nak check.. Ya Allah syukur, aku dapat tukar Perak.. Doa yang xputus kepada-Nya membuahkan hasil.. Alhamdulillah... Terima kasih Allah.. :")


Syukur, gembira sangat2... Aku akan belajar bersungguh2... Insyaallah... :P